Wednesday, November 5, 2008

My Grateful List


Senarai Kesyukuran Liyana


Liyana's Grateful List
( written in Malay)


1. Saya bersyukur kerana saya baru lepas makan semasa post entry ini


2. Saya bersyukur kerana Allah telah memanjangkan umur saya untuk hidup selama 21 tahun 10 bulan dan 19 hari dan saya bersyukur untuk hari-hari yang bakal saya tempuhi, Insyaallah.


3. Saya bersyukur mempunyai seorang kakak, merangkap kawan perempuan paling baik saya dunia akhirat, dan kami berkongsi baju, bilik, rahsia, masalah dan banyak lagi. (boyfriend tak termasuk ye :P)


4. Saya bersyukur mama dan ayah saya seorang yang memahami, sporting dan tidak pernah mengongkong saya.


5. Saya bersyukur kerana kereta Satria kakak saya (juga kereta saya dan adik beradik saya) yg bernama 'Micheal @ Mike" (sebab dia ada resting tremor @ Parkinson) sekarang secara tak langsung digunakan oleh saya diatas sebab-sebab yang tak payahlah diterangkan panjang lebar disini.


6. Saya bersyukur kerana saya mempunyai teman lelaki yang amat memahami saya dan saya amat selesa bersama dengannya.


7. Saya bersyukur kerana walaupun saya pernah merancang untuk menjalani diet selama sebulan, tetapi saya hanya mampu bertahan untuk sehari. (logik ke bersyukur sbb ni? ergh bantai laa)


8. Saya bersyukur kerana saya mampu bertahan selama 4 tahun di Sekolah Perubatan dan berharap saya mampu bertahan setahun lagi!


9. Saya bersyukur kerana saya lompat darjah tiga semasa tahun 1996.


10. Saya bersyukur kerana saya tinggal di pinggiran bandar.


11. Saya bersyukur kerana mendapat hidayah untuk mula memakai Hijab 9 tahun lepas.


12. Saya bersyukur kerana walaupun saya rabun jauh, saya masih boleh melihat dengan memakai cermin mata ataupun kanta lekap dan rabun jauh tidak termasuk dalam senarai OKU.


13. Saya bersyukur kerana hubungan saya dan adik-beradik sangat rapat.


kegilaan


14. Saya bersyukur kerana ahli keluarga saya selalu berkumpul untuk makan di meja makan di rumah dan selalu berkongsi lawak jenaka semasa makan.


15. Saya bersyukur kerana pada bulan Disember 2003, saya telah pergi ke rumah terbuka kawan saya di Seri Petaling.


16. Saya bersyukur kerana saya sudah mendapat lesen 'Competent' awal tahun ini.


17. Saya bersyukur kerana saya bukanlah seorang yang 'fussy' bila memilih makanan. Cuma saya allergic kepada ketam sahaja.


18. Saya bersyukur kerana saya bukanlah seorang Psikotik, walaupun saya rasa terdapat sedikit ciri-ciri Neurotik dalam diri saya.


19. Saya bersyukur kerana teman lelaki saya pernah membeli saya' plush toy' kucing kerana mahu saya mengatasi kelemahan 'ailurophobia'(fobia terhadap kucing) saya. Walaupun kehadiran patung itu tidak membawa apa-apa perubahan terhadap fobia itu, saya tahu dia telah cuba sedaya upaya untuk menolong saya mengatasi kelemahan saya dengan cara Cognitive Behavioral Therapy. Itu sudah cukup bagi saya untuk berasa dihargai :)


20. Saya bersyukur kerana saya mempunyai kesedaran untuk menulis dalam Bahasa Melayu setelah 5 tahun bergelumang dengan bahasa Melayu pasar/bahasa sms.


21. Saya bersyukur kerana kedua-dua Opah saya masih hidup dan saya berdoa setiap hari agar dipanjangkan umur mereka berdua supaya saya boleh merawat mereka apabila saya diiktiraf sebagai pegawai perubatan nanti.


22. Saya bersyukur kerana peristiwa nombor 15 telah menemukan saya dan teman lelaki saya buat pertama kali. :)


23. Saya bersyukur kerana mama dan ayah saya tidak pernah memaksa saya untuk menjurus ke bidang perubatan dan saya disini diatas kerelaan diri saya sendiri.


24. Saya bersyukur kerana saya masih berhubungan dengan kawan rapat saya semasa di sekolah menengah.


25. Saya bersyukur kerana saya tidak obsess untuk termasuk dalam golongan yang bersize extra small.


26. Saya bersyukur kerana saya dan rakan-rakan rapat saya di sekolah perubatan masih berkongsi cerita-cerita lawak dan suka duka berkaitan dengan kehidupan kami sebagai seorang pelajar dan juga kehidupan harian kami dan mampu ketawa terbahak-bahak sampai tak boleh bernafas.


27. Saya bersyukur kerana saya masih ada rasa bersalah dan mahu bertaubat selepas bergosip.


28. Saya bersyukur kerana setelah setahun menjalani kehidupan di kolej matrikulasi, saya telah mengenali ramai rakan-rakan yang sangat memberi kesan keatas kehidupan saya sekarang, terutama roomates saya di asrama P2- no 30. Saya sayang mereka!


29. Saya bersyukur walaupun impian saya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, saya masih mendapat tempat membuat ijazah perubatan di dalam negara. Ada hikmah di sebalik kejadian.


30. Saya bersyukur mama dan ayah saya masih sihat untuk menjalani kehidupan harian. Semoga Allah mengurniakan mereka berdua kesihatan dan memanjangkan umur mereka berdua. Aminnnnn.


31. Saya bersyukur kerana harga petrol sudah turun. Semoga ia akan turun lagi di masa hadapan.


32. Saya bersyukur saya mempunyai platform untuk menulis isi hati saya, walaupun saya tahu followers saya sekumitt je.


33. Saya bersyukur keluarga besar saya di sebelah mama yang terdiri dari lebih 10 buah keluarga, mempunyai organisasi yang tersendiri untuk mengeratkan lagi tali persaudaraan kami.


34. Saya bersyukur kerana mempunyai sambungan wireless di rumah. Saya tidak lagi perlu berebut dengan adik beradik serta ayah saya di rumah untuk menggunakan internet di desktop. hehee


35. Saya bersyukur kerana saya dan cousin2 perempuan saya amat rapat sehingga kami mempunyai pact dan persatuan tarian bollywood sendiri :P


L-R: Me, Sarah, Kak Ira, Kak Ila, Kak Long


the cousins and neices in action (bila takde keje:P)



36. Saya bersyukur saya bukan seorang yang suka terlibat dalam shopping spree dan 'retail therapy' bukanlah satu therapy yang selalu saya jalani untuk membuat saya gembira.


37. Saya bersyukur kerana jarak hostel dan rumah saya hanyalah 20 minit perjalanan kereta sekiranya saya tidak tersangkut dalam kesesakan trafik. Oleh itu saya boleh balik rumah bila-bila masa sahaja!


38. Saya bersyukur dengan adanya teknologi IM (Instant Messaging) sekarang, saya mampu untuk berhubung dengan teman lelaki saya di Indonesia 24/7 tanpa perlu risau akan nilai kredit telefon saya.


39. Saya bersyukur saya mampu untuk menyanyi seorang diri di dalam kereta semasa memandu tanpa rasa segan silu walaupun risk kereta bersebelahan untuk men'accuse' saya gila itu tinggi.


40. Saya bersyukur kerana seorang blogger yang saya 'stalk' telah menyuruh 'Ramai orang' untuk post entry "Senarai Kesyukuran" ini di dalam blog mereka sekiranya 'Ramai orang' mahu. Terima Kasih kerana memberi idea kepada saya. Sekiranya anda mahu membuat senarai seperti ini juga, anda sememangnya dialu-alukan. :)


nota kaki : senarai ini ditulis secara rawak.

5 comments:

HaNi said...

i think we stalk the same blog la nana

diyapiya said...

hah? anda bersyukur boyfriend and org indonesia?
gegurl keliru ler!!
;p

liyana 'querida said...

anot: haha. anot i found her from your blog lah. means i stalk u then i stalk her lah:P

diyapiya: org indonesia?? tidak sememangnya! ni list no 41 ke..haha

diyapiya said...

saya juga bersyukur utk/kerana no 3,4,10,13,14,21,30,31,33,35 dan 39. terutama sekali no 39 kerana saya selalu mengiringi nyanyian saya dgn tarian2 yang membolehkan org utk suruh saya pull aside.
saya sgt syg dan setuju dgn sebab no 3.
ngee~

liyana 'querida said...

diyapiya: eee awk tiru sy!:P